Thursday 12 March 2009

Sains & Teknologi

Prasarana serta kemudahan yang lahir zaman ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan, dalam hanya setahun sahaja, terlalu byk rekaan dan binaan manusia yang menunjukkan mereka mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Sains dan teknologi tidak boleh dinafikan kepentingannya pada zaman ini. Manusia seolah2 dahagakannya. Semakin byk manusia mencipta sesuatu, semakin berkembang ilmu itu. Walaubagaimanpun, ilmu ini hanyalah setitis jika dibandingkan dengan ilmu Ilahi. Islam menyeru umatnya menitikberatkan sains dan teknologi. Jika tidak, masakan ayat pertama disuruh umatnya membaca. Membaca merupakan kunci segala ilmu. Dan sifat membaca sahajalah yang mampu menyebabkan manusia survive sehingga hari ini. Oleh yang demikian, jangan kita sangkalkan lagi bahawa membaca itu adalah punca utama ilmu. Bukannya hanya mendengar lecturer mengajar, dan mendengar video berkenaan ilmu. Kesemuanya itu hanyalah side sources kepada ilmu yang akan kita perolehi.

Berbalik kepada sains dan teknologi, umat islam tidak penah memandang jumud terhadap perkembangan S&T(sains dan teknologi). Apa yang cuba dirungkaikan kali ini adalah apabila ada sesetengah pihak yang memangdang perkembangan S&T sebagai suatu yang negative. Seolah2nya umat Islam digesa tidak menggunakan ilmu S&T yang dipelopori oleh barat, kerana bagi mereka mengagungkan karya barat termasuk dalam golongan berkenaan. Sehinggakan ada diantara mereka menafsirkan dari Al-Quran berkenaan sesiapa yang meniru golongan yahudi dan nasrabi, mereka dikira trmasuk dalam golongan terbabit.

Saya ingin bagi contoh, sesetengah orang berpendapat bahawa membeli buku2 dan mengambil ilmu daripada apa yang dikeluarkan oleh orang barat adalah sesuatu yang tidak baik, dan sesetengahnya berpendapat haram. Mereka merasakan ilmu seharusnya diambil dari karyawan2 Islam yang wujud sejak dahulu. Serta mereka juga merasakan membeli buku teks daripada barat seolah2 memberi sokongan terhadap perkembangan ilmu mereka. Penilaian ini seharusnya difikirkan semula. Saya berpendapat sekiranya ilmu yang dipelajari itu tidak dimiliki oleh kita, dan terkadang2 pula ianya ada hanya pada orang bukan islam, apa salahnya kita pelajari dari mereka. Saya ingin bertanya, adakah ilmu itu datang dari mereka secara mutlak? Adakah mereka berhak memberi atau menerima ilmu sekiranya Allah tidak membenarkan mereka menerima atau memberi ilmu? Disini kita fikirkan semula, sekiranya ilmu berkenaan solar system(sebagai contoh), hanya terdapat di Britain sahaja, apa salahnya, kita membelanjakan wang simpanan kita untuk kita melanjutkan pelajaran di sana dan membeli bahan ilmiah yang diterbitkan oleh orang yahudi dan nasrani sekalipun. Mereka ada ilmu, mereka ada kepakaran, kita seharusnya mencontohi mereka.

Mencontohi mereka tidak semestinya kita merelakan kita ditipu dan direndahkan. Tapi, kita mencontohi mereka kerana mereka adalah orang yang berilmu. Sedangkan Allah sendiri berfirman bahawa Allah akan meniggikan darjat sesiapa yang beriman dan berilmu. Jgn kita lupa, bukan hanya orang beriman diangkat oleh Allah, bahkan orang berilmu turut diangkat oleh Allah. Apatah lagi sekiranya kita mempunyai iman dan ilmu. Itulah yang terbaik, insyaAllah. Dalam ayat yang lain, Allah turut menyebut bahwa kita seharusnya bertanya kepada orang yang pakar, sekiranya kita tidak mengetahui dalam sesuatu bidang. Terkadang saya berfikir, sebenarnya ramai juga penganut agama lain yang belajar tentang ilmu agama islam dari orang islam. Mereka belajar bukannya untuk memeluk islam(sebahagiannya), tetapi, mereka belajar tentang islam kerana mereka ingin mematahkan fakta2 yang dibawa oleh agama kita. Kenapa kita tidak meniru seperti mereka. Kepada kita belajar dari orang yang berilmu(kebanyakannya orang barat). Kita sebenarnya mempunyai suatu sindrom yang mana kita selalu melekeh2 kemampuan orang lain. Padahal, kita tidak mampu melakukan pun. Sindrom ini seharusnya dibuang sekiranya kita ingin melihat umat islam maju kehadapan. Dalam pada itu juga, kita tidak seharusnya seperti katak yang berada di bawah tempurung yang mana katak tersebut langsung tidak tahu tentang dunia luar apatah lagi mahu menggunakan kemudahan dan prasarana yang ada di dunia ini.

Wednesday 11 March 2009

Publisiti Murahan

Sejarah nabi Muhammad. Manusia yang dipanggil muslim sudah pasti kenal sangat dengan perkataan Muhammad. Namun, adakah hanya dengan ibu bapa kita meletakkan nama Muhamad di hadapan nama kita sudah memadai dengan menunjukkan kasih sayang kita padanya? Adakah hanya dengan membaca kisahnya sahaja kita sudah dikira mencintainya. Adakah hanya mengalunkan lagu2 yang bertemakan kisah rasulullah sudah memadai bahawa kita bersyukur menjadi umatnya. Adakah hanya dengan kita berarak sudah cukup kita menghayati pengorbanan rasulullah? Mari kita sendiri fikirkan, sudah byk mana kita mengumbang kearah menjana umat manusia(bukan hanya kepada manusia bergelar mukmin, bahkan manusia yang bergelar kuffar sekali). Ini kerana kita dilahirkan bukan hanya untuk menjadi penonton sahaja, kita dilahirkan untuk merubah mengikut acuan kita


 

Pada pandangan saya, saya agak skeptic dengan pandangan2 yang diatas untuk kita menyerapkan dalam sanubari kita tentang kecintaan, keperitan, kesungguhan nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwahnya. Semalam saya sempat menghadiri satu majlis menyambut maulud nabi. Saya agak terkilan dengan aturcara majlis tersebut. Pada mulanya, saya terkilan dengan janji yang dikotakan. Yang saya ketahui dari ayah saya(dia menjadi panel forum malam tersebut) program akan bermula pada pukul 8 sehingga pukul 12. Saya agak geli hati mendengar forum selama 4jam. Selalunya, konsert2 je yang sampai tgh malam. Takkan orang2 tempatan tidak mahu bekerja esoknya. Namun, apabila saya sampai di lokasi berkenaan, memang betul ditulis dihadapan dewan itu bermula 8malam sehigga 12 tgh malam. Tapi, apa yang lebih saya terkilan adalah program yang dijanjikan bermula jam 8 akhirnya 9.30 baru bermula. Pukul berapa pula kami mahu balik ke kajang. Tapi, apabila saya memikirkan, takpalah, saya korbankan masa saya sedikit. Lagipun saya sudah lama tidak mendengar ceramah, dan lagipun sekarang cuti. Akirnya, bermula forum pada pukul 9.30.


 

Hati saya terkilan sekali lagi apabila forum bermula. Sudahlah forumnya bermula lewat, kemudian pelbagai2 jenis persembahan yang dipertontonkan. Ini saya sudah mula fedup. Saya datang untuk mendengar forum, dari prof syarifah, serta seorang ustaz dari negeri Sembilan dan ayah saya, namun, bila mula sahaja program, lain pula jadinya. Forum yang diselang selikan dengan persembahan. Mood saya untuk mendengar forum berkenaan rasulullah sudah hilang. Saya akui teater musical yang dipertayangkan sangat menakjubkan. Namun, saya seolah2 ditipu. Seolah2 forum itu hanyalah penarik untuk ramai manusia berkumpul dlam dewan.


 

Let's take this as a lesson. Apa yang saya cerita ini memang sangkut paut dengan apa yang saya nak tuliskan kali ini. Saya berpendiriaan, mengingati rasulullah itu bukanlah hanya dengan bernasyid, berlakon tentang islam. Saya akui bahawa ianya salah satu metadologi dakwah. Namun, ianya bukanlah metodologi yang utama. Saya ingin bertanya, berapa ramai orang yang kembali pada jalan Allah hanya dengan mendengar nasyid? Berapa ramai orang yang memeluk agama islam hanya dengan menonton lakonan berunsur islam? Tapi, cuba kalau kita comparekan dengan cara dakwah yang lagi satu, yang mana, pendekatan yang digunakan lebih berunsur 'fact and reality'. Saya sempat untuk menonton rancangan dalam national geography dan dalam history channel. Dalam national geography, tajuknya, Muhammad. Dan dalam history channel, bertajuk Inside Islam, kalau saya tidak salah. Apa yang cuba dipertontonkan bukanlah hiburan yang berunsur agama semata2, namun, ainya lebih kepada fakta dan reality sebenar islam. Maka tidak hairanlah ramai orang di eropah memeluk agama islam selepas mereka meonton rancangan tv ini. Kita tidak melihat metadologi ini sebagai satu medium yang sangat significant. Yang kita utamakan hiburan. Hiburan yang berunsur islam(kononnya). Sehinggakan artis2 kita di Malaysia ini juga kita minatinya hanya kerana dia penah berzanji. Sedangkan berzanjinya itu hanya boleh dikira dengan jari. Apabila saya menonton rancangan dalam history channel itu, saya dapat pelbagai benda. Ia mempertontonkan keagungan islam. Dan menjawab byk persoalan yang selalu dipertikaikan oleh orang kuffar.


 

Terlalu byk fakta dan reality yang boleh kita rugkaikan dari sejarah rasulullah yang mana kita boleh pakai dalam kehidupan seharian kita. Kelahiran Muhammad di dunia kita boleh nampak dari dua aspek yang cuba baginda ubahkan. Yang pertamanya perkenaan bagaimana manusia menguruskan dirinya sendiri. Mengurus diri untuk berlaku adil, berlaku amanah, berlaku sopan dan sebagainya. Yang kedua, rasulullah juga diutuskan untuk menjadikan manusia ini mempunyai system. Sebab itu lahirnya, manusia yang berintelek apabila adanya system pendidikan. Lahirnya, pakar politik, apabila adanya system politik yang mantap. Adanya para mujahideen, apabila adanya system ketenteraan yang unggul, dan sebagainya. Maka dua aspek inilah yang boleh kita ambil beratkan. Sekiranya kita mengambil berat tentang kedua2nya, saya pasti, manusia itu akan menjadi manusia yang berguna. Dan tidak melupakan agama yang dicintainya. Itu memang fitrah manusia.