Friday 5 June 2009

Jalan Ini JalanKu

Delima sebagai seorang pelajar memanglah sesuatu yang merumitkan. Untuk memilih jalan hidup yang lebih proaktif dan sering dilanda pelbagai ujian. Tambahan pula, manusia yang dikategorikan sebagai pelajar ini belum cukup pengalamannya. Pengalaman hidup dan liku-liku yang sering dibadai ombak deras. Namun, semua kekangan ini haruslah ditangani dengan lebih dedikasi. Sikap yang optimis perlu hadir dalam diri pelajar2 ini supaya mase depan mereka terus terjamin.

Sering kali kita mendengar keluhan pelajar2 dengan masalah percintaan mereka. Malah sesetengahnya berpendapat meneruskan pernikahan adalah suatu tindakan yang wajar bagi membendung masalah bergelumang dengan maksiat dan dalam mase yang sama dapat meningkatkan lagi penumpuan dalam akademik mahupun bidang dakwah mereka sendiri. Pada pandangan saya, hal ini adalah subjektif. Maka terpulanglah pada individu2 tersebut utuk menilai kemampuan diri sendiri. Teruskan sahaja niat utuk bernikah sekiranya itu jalan penyelesaian untuk mendapatkan mardhotillah. Tapi ingat, dalam memilih jalan hidup, bukannya mudah. Bukannya, kita jumpe hari ini, esok boleh kahwin dah, seperti cita pandang pertama. Kenallah hati budi dan minta juga restu dari ibu bapa kerana mereka juga ada hak untuk menentukan masa depan anak2 mereka. Yang penting tujuannya adalah satu, menjadikan kita sebagai daie’.
Dalam pada itu juga, ada juga segelintir daripada kalangan pelajar2 ini mengeluh untuk memilih jalan hidup mereka yang harus dituju, yakni memilih bidang belajar yang amat sesuai. Pemilihan bidang ini juga memerlukan penelitian dan pelbagai pertimbangan, sama ada dari segi cabaran2 ketika belajar dan kerja, dan juga kos bagi menanggung pembelanjaan pembelajaran tersebut. Pertimbangan ini juga harus juga disampingkan dengan kerestuan dari Ilahi dan juga sokongan2 daripada ahli keluarga. Prinsip ‘no turning back’ seharusnya ada dalam diri pelajar kerana sekiranya mereka telah memilih jalan hidup sebagai engineer sebagai contohnya, mereka tidak boleh lagi menoleh kebelakang dan menyesali dengan pendirian mereka yang mereka telah buat sejak awal2 lagi. Ini akan merunsingkan mereka dan seterusnya memanjangkan lagi tempoh pembelajaran mereka. Dan sudah pastinya sesiapa pun tidak ingin digelar sebagai student sepanjang umurnya. Maka, dalam hal ini, aku harus melepaskan segala pekung didada semoga luahan hati ini dapat menyelesaikan permasalah. Terbukalah hati ini untuk menceritakannya…….

Mahu tidak mahu, aku harus merenangi lautan yang bergelora ini. Mahu tidak mahu, aku harus menghadapi cabaran diri ini sebagai seorang doktor. Aku yang memilih jalan ini. Jalan ini jalan susah. Tapi, sesusah manapun, manusia itu akan lali dengan kepayahan tersebut. Aku harus mengorbankan tempoh pembelajaran sehingga 6 tahun lamanya. Mahu tidak mahu, aku harus melupakan keriangan bersama keluarga. Mahu tidak mahu, aku seharusnya melupakan waktu suka dukaku dengan rakan2 seperjuanganku. Mahu tidak mahu, aku seharunya menelan pahit-mahit dan segala macam dugaan yang bakal tiba. Bukannya aku ini menjadi populis, tapi, aku mahukan apa yang aku mahu selama ini. Prinsip yang ada dalam hatiku ini adalah mahukan cabaran. I Love Challenging by Havinga a Critical Thinking. Kalau boleh, aku inginkan pemergianku ini bukanlah tangisan mahupun kegirangan. Tetapi, aku mahukan pemergianku ini dipenuhi dengan keazaman. Keazaman agar aku berjaya menempuhi liku2 hidup yang sangat sadis sekali. Kerana, jalan yang kupilih ini, mungkin menginginkan aku melanjutkan pelajaran sehingga 10 tahun lamanya. Bagiku, sepuluh tahun pun, sepuluh tahunlah, yang paling penting aku bersyukur dengan apa yang telah aku pilih selama ini. Sebelum aku memilih jalan ini, pelbagai permasalahan yang sering timbul dalam benak pemikiran aku. Tekanan2 daripada rakan2 seperjuangan turut menyumbang. Mereka meletakkan pengharapan yang menggunung terhadap aku, namun selama ini, aku hanya melontarkan kayu dan batu sahaja kepada mereka. Tapi, sekarang ini, tiba giliran aku pula untuk menjadikan pengharapan mereka itu suatu kenyataan. Malah keluarga2 aku juga turut sama dalam membentuk keputusanku. Sekarang ini baruku rasekan peri pentingnya mempunyai ramai adik beradik yang mempunyai pelbagai ragamnya.

Perhitungan ini bukannya perhitungan mainan. Setiap langkah yang aku susun mengukir seribu coretan dalam lembaran sejarahku. Setiap langkah boleh mengundang padah. Maka, dengan ini setiap langkahku ini seharusnya terus disusun dengan mapan. Bayangkanlah, hanya budak mentah yang mahu meneruskan seribu langkah. Bagiku biarlah kuberjalan selangkah demi selangkah yang mana aku pasti akan selamat tiba ke destinasiku, daripada aku terus berlari mengejar destinasi, namun kemungkinan besar kemalangan turut boleh berlaku yang mana ianya mampu melenyapkan terus halatujuku ini.

Keazaman patut aku cambahkannya dalam hati ini. Aku perlu menukar persepsi. Persepsi yang mana, pemergianku ini suatu yang memedihkan dan bukannya ini masanya untuk keriangan mahupun meneruskan usahaku menjelajah kesemua destinasi. No pain, no gain. So, if I want to gain something, I must feel the pain first.

Thursday 12 March 2009

Sains & Teknologi

Prasarana serta kemudahan yang lahir zaman ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan, dalam hanya setahun sahaja, terlalu byk rekaan dan binaan manusia yang menunjukkan mereka mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Sains dan teknologi tidak boleh dinafikan kepentingannya pada zaman ini. Manusia seolah2 dahagakannya. Semakin byk manusia mencipta sesuatu, semakin berkembang ilmu itu. Walaubagaimanpun, ilmu ini hanyalah setitis jika dibandingkan dengan ilmu Ilahi. Islam menyeru umatnya menitikberatkan sains dan teknologi. Jika tidak, masakan ayat pertama disuruh umatnya membaca. Membaca merupakan kunci segala ilmu. Dan sifat membaca sahajalah yang mampu menyebabkan manusia survive sehingga hari ini. Oleh yang demikian, jangan kita sangkalkan lagi bahawa membaca itu adalah punca utama ilmu. Bukannya hanya mendengar lecturer mengajar, dan mendengar video berkenaan ilmu. Kesemuanya itu hanyalah side sources kepada ilmu yang akan kita perolehi.

Berbalik kepada sains dan teknologi, umat islam tidak penah memandang jumud terhadap perkembangan S&T(sains dan teknologi). Apa yang cuba dirungkaikan kali ini adalah apabila ada sesetengah pihak yang memangdang perkembangan S&T sebagai suatu yang negative. Seolah2nya umat Islam digesa tidak menggunakan ilmu S&T yang dipelopori oleh barat, kerana bagi mereka mengagungkan karya barat termasuk dalam golongan berkenaan. Sehinggakan ada diantara mereka menafsirkan dari Al-Quran berkenaan sesiapa yang meniru golongan yahudi dan nasrabi, mereka dikira trmasuk dalam golongan terbabit.

Saya ingin bagi contoh, sesetengah orang berpendapat bahawa membeli buku2 dan mengambil ilmu daripada apa yang dikeluarkan oleh orang barat adalah sesuatu yang tidak baik, dan sesetengahnya berpendapat haram. Mereka merasakan ilmu seharusnya diambil dari karyawan2 Islam yang wujud sejak dahulu. Serta mereka juga merasakan membeli buku teks daripada barat seolah2 memberi sokongan terhadap perkembangan ilmu mereka. Penilaian ini seharusnya difikirkan semula. Saya berpendapat sekiranya ilmu yang dipelajari itu tidak dimiliki oleh kita, dan terkadang2 pula ianya ada hanya pada orang bukan islam, apa salahnya kita pelajari dari mereka. Saya ingin bertanya, adakah ilmu itu datang dari mereka secara mutlak? Adakah mereka berhak memberi atau menerima ilmu sekiranya Allah tidak membenarkan mereka menerima atau memberi ilmu? Disini kita fikirkan semula, sekiranya ilmu berkenaan solar system(sebagai contoh), hanya terdapat di Britain sahaja, apa salahnya, kita membelanjakan wang simpanan kita untuk kita melanjutkan pelajaran di sana dan membeli bahan ilmiah yang diterbitkan oleh orang yahudi dan nasrani sekalipun. Mereka ada ilmu, mereka ada kepakaran, kita seharusnya mencontohi mereka.

Mencontohi mereka tidak semestinya kita merelakan kita ditipu dan direndahkan. Tapi, kita mencontohi mereka kerana mereka adalah orang yang berilmu. Sedangkan Allah sendiri berfirman bahawa Allah akan meniggikan darjat sesiapa yang beriman dan berilmu. Jgn kita lupa, bukan hanya orang beriman diangkat oleh Allah, bahkan orang berilmu turut diangkat oleh Allah. Apatah lagi sekiranya kita mempunyai iman dan ilmu. Itulah yang terbaik, insyaAllah. Dalam ayat yang lain, Allah turut menyebut bahwa kita seharusnya bertanya kepada orang yang pakar, sekiranya kita tidak mengetahui dalam sesuatu bidang. Terkadang saya berfikir, sebenarnya ramai juga penganut agama lain yang belajar tentang ilmu agama islam dari orang islam. Mereka belajar bukannya untuk memeluk islam(sebahagiannya), tetapi, mereka belajar tentang islam kerana mereka ingin mematahkan fakta2 yang dibawa oleh agama kita. Kenapa kita tidak meniru seperti mereka. Kepada kita belajar dari orang yang berilmu(kebanyakannya orang barat). Kita sebenarnya mempunyai suatu sindrom yang mana kita selalu melekeh2 kemampuan orang lain. Padahal, kita tidak mampu melakukan pun. Sindrom ini seharusnya dibuang sekiranya kita ingin melihat umat islam maju kehadapan. Dalam pada itu juga, kita tidak seharusnya seperti katak yang berada di bawah tempurung yang mana katak tersebut langsung tidak tahu tentang dunia luar apatah lagi mahu menggunakan kemudahan dan prasarana yang ada di dunia ini.

Wednesday 11 March 2009

Publisiti Murahan

Sejarah nabi Muhammad. Manusia yang dipanggil muslim sudah pasti kenal sangat dengan perkataan Muhammad. Namun, adakah hanya dengan ibu bapa kita meletakkan nama Muhamad di hadapan nama kita sudah memadai dengan menunjukkan kasih sayang kita padanya? Adakah hanya dengan membaca kisahnya sahaja kita sudah dikira mencintainya. Adakah hanya mengalunkan lagu2 yang bertemakan kisah rasulullah sudah memadai bahawa kita bersyukur menjadi umatnya. Adakah hanya dengan kita berarak sudah cukup kita menghayati pengorbanan rasulullah? Mari kita sendiri fikirkan, sudah byk mana kita mengumbang kearah menjana umat manusia(bukan hanya kepada manusia bergelar mukmin, bahkan manusia yang bergelar kuffar sekali). Ini kerana kita dilahirkan bukan hanya untuk menjadi penonton sahaja, kita dilahirkan untuk merubah mengikut acuan kita


 

Pada pandangan saya, saya agak skeptic dengan pandangan2 yang diatas untuk kita menyerapkan dalam sanubari kita tentang kecintaan, keperitan, kesungguhan nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwahnya. Semalam saya sempat menghadiri satu majlis menyambut maulud nabi. Saya agak terkilan dengan aturcara majlis tersebut. Pada mulanya, saya terkilan dengan janji yang dikotakan. Yang saya ketahui dari ayah saya(dia menjadi panel forum malam tersebut) program akan bermula pada pukul 8 sehingga pukul 12. Saya agak geli hati mendengar forum selama 4jam. Selalunya, konsert2 je yang sampai tgh malam. Takkan orang2 tempatan tidak mahu bekerja esoknya. Namun, apabila saya sampai di lokasi berkenaan, memang betul ditulis dihadapan dewan itu bermula 8malam sehigga 12 tgh malam. Tapi, apa yang lebih saya terkilan adalah program yang dijanjikan bermula jam 8 akhirnya 9.30 baru bermula. Pukul berapa pula kami mahu balik ke kajang. Tapi, apabila saya memikirkan, takpalah, saya korbankan masa saya sedikit. Lagipun saya sudah lama tidak mendengar ceramah, dan lagipun sekarang cuti. Akirnya, bermula forum pada pukul 9.30.


 

Hati saya terkilan sekali lagi apabila forum bermula. Sudahlah forumnya bermula lewat, kemudian pelbagai2 jenis persembahan yang dipertontonkan. Ini saya sudah mula fedup. Saya datang untuk mendengar forum, dari prof syarifah, serta seorang ustaz dari negeri Sembilan dan ayah saya, namun, bila mula sahaja program, lain pula jadinya. Forum yang diselang selikan dengan persembahan. Mood saya untuk mendengar forum berkenaan rasulullah sudah hilang. Saya akui teater musical yang dipertayangkan sangat menakjubkan. Namun, saya seolah2 ditipu. Seolah2 forum itu hanyalah penarik untuk ramai manusia berkumpul dlam dewan.


 

Let's take this as a lesson. Apa yang saya cerita ini memang sangkut paut dengan apa yang saya nak tuliskan kali ini. Saya berpendiriaan, mengingati rasulullah itu bukanlah hanya dengan bernasyid, berlakon tentang islam. Saya akui bahawa ianya salah satu metadologi dakwah. Namun, ianya bukanlah metodologi yang utama. Saya ingin bertanya, berapa ramai orang yang kembali pada jalan Allah hanya dengan mendengar nasyid? Berapa ramai orang yang memeluk agama islam hanya dengan menonton lakonan berunsur islam? Tapi, cuba kalau kita comparekan dengan cara dakwah yang lagi satu, yang mana, pendekatan yang digunakan lebih berunsur 'fact and reality'. Saya sempat untuk menonton rancangan dalam national geography dan dalam history channel. Dalam national geography, tajuknya, Muhammad. Dan dalam history channel, bertajuk Inside Islam, kalau saya tidak salah. Apa yang cuba dipertontonkan bukanlah hiburan yang berunsur agama semata2, namun, ainya lebih kepada fakta dan reality sebenar islam. Maka tidak hairanlah ramai orang di eropah memeluk agama islam selepas mereka meonton rancangan tv ini. Kita tidak melihat metadologi ini sebagai satu medium yang sangat significant. Yang kita utamakan hiburan. Hiburan yang berunsur islam(kononnya). Sehinggakan artis2 kita di Malaysia ini juga kita minatinya hanya kerana dia penah berzanji. Sedangkan berzanjinya itu hanya boleh dikira dengan jari. Apabila saya menonton rancangan dalam history channel itu, saya dapat pelbagai benda. Ia mempertontonkan keagungan islam. Dan menjawab byk persoalan yang selalu dipertikaikan oleh orang kuffar.


 

Terlalu byk fakta dan reality yang boleh kita rugkaikan dari sejarah rasulullah yang mana kita boleh pakai dalam kehidupan seharian kita. Kelahiran Muhammad di dunia kita boleh nampak dari dua aspek yang cuba baginda ubahkan. Yang pertamanya perkenaan bagaimana manusia menguruskan dirinya sendiri. Mengurus diri untuk berlaku adil, berlaku amanah, berlaku sopan dan sebagainya. Yang kedua, rasulullah juga diutuskan untuk menjadikan manusia ini mempunyai system. Sebab itu lahirnya, manusia yang berintelek apabila adanya system pendidikan. Lahirnya, pakar politik, apabila adanya system politik yang mantap. Adanya para mujahideen, apabila adanya system ketenteraan yang unggul, dan sebagainya. Maka dua aspek inilah yang boleh kita ambil beratkan. Sekiranya kita mengambil berat tentang kedua2nya, saya pasti, manusia itu akan menjadi manusia yang berguna. Dan tidak melupakan agama yang dicintainya. Itu memang fitrah manusia.

Sunday 1 February 2009

Ketuanan Bahasa Melayu

Bahasa inggeris memang sudah diketahui ramai yang mana ianya merupakan satu bahasa yang universal. Namun setakat mana kita sebagai orang melayu yang menggunakkannya sebagai bahasa ke dua(English as a Second Language) mampu mengadaptasikannya ke dalam budaya dan adat kita. Sebelum saya menulis lebih lanjut, saya ingin merungkai terlebih dahulu tentang adat dan budaya kita sebagai orang melayu yang dianggap penuh dengan tatasusila. Kita serba tahu dan memahami yang bangsa melayu ini, agamanya datang dari arab. Yang mana, pada masa dahulu, pedagang arab datang ke tanah melayu dan menyampaikan dakwah islamiyahnya. Disamping mengampai dakwah, mereka turut menyampaikan adat dan budaya yang boleh diterap dalam bangsa kita. Ada juga budaya arab yang tak mampu kita kekalkan dalam kehidupan harian kita. Contoh yang paling senang ialah budaya memberi salam walaupun pada yang bukan muslim. Pada mereka memberi salam tu adat dan ianya boleh pada sesiapa sekali pun, even diluar masjid pun, ramai saje orang bukan muslim yang berkumpul sesame muslim selepas sembahyang jumaat. Maka budaya ini tidak boleh diadaptasikan dalam budaya kita kerana memang sudah di tanam dalam hati sanubari kita bahawa memberi salam itu hanyalah pada orang muslim. Ini hanyalah perbezaaan pendapat. Dan ianya tidaklah seharusnya disalahgunakan untuk memecah belahkan umaht islam.

Berbalik pada persoalan yang ingin kita ungkapkan bahawa apabila pendatang arab datang ke tanah melayu dengan membawa pelbagai budaya, ia akan mencorakkan identity kita. Seterusnya, ia akan menghasilkan komuniti yang penuh dengan budaya2 yang mulia dan disenangi seperti mana yang diajarkan oleh rasullullah. Budaya2 ini, akhirnya nanti akan menjadikan sesorang insan itu mampu memikirkan mase depan mereka kerana untuk meneruskan kelangsungan mereka sebagai orang timur. Budaya orang timur ini, yang mane penuh dengan rase malu dan sopannya haruslah dipelihara kerana kesopanan dan kesusilaan ini yang akan memudahkan kita untuk meneruskan survival kita sebagai manusia di muka bumi dan seterusnya sebagai khalifah.

Oleh yang demikian, untuk menghubungkan dengan tajuk perbahasan saya diatas yang mana berkenaan isu bahasa ingeris, saya ingin menegaskan bahawa, sekiranya penyerapan bahasa inggeris ini tidak dikawal ia boleh memusnahkan bahasa kita, dan seterusnya bangsa kita. Saya tertarik untuk merungkaikan satu buku bertajuk pupus bahasa, pupuslah bangsa. Kulit bukunya berwarna merah. Saya suka buku tersebut, kerana penulisnya banyak merungkai dengan memasukkan beberapa pemikiran2 saintifik yang mudah diterima akal.


Apabila kita menyerap bahasa asing dalam harian kita, secara tidak langsung kita turut akan mengheret budayanya kedalam kehidupan kita. Dan seterusnya, kita akan mengheretkan kehidupan dan keluarga kita kedalam kancah yang lebih buruk apabila budaya asing(western) sudah terbuku dalam hati kita. Hari ini, kita melihat ketamadunan sesuatu kaum atau negara itu diukur berdasarkan barat. Maka muncullah satu perkataan yang cukup sakit dan dukacita didengar iaitu, civilization is westernization. Memang pahit didengar, tapi, kita kena menerimanya, kita menerimanya bukan bererti kita rela selama2nya. Sepatutnya, kita rela dengan quotation itu dengan matlamat kita akan menguabahkannya. Civilization is not depends on western. It depends on what we think and what we can do, whereby we have ability to do so. (That should be)..

Kemudiannya, saya ingin merungkai pula matlamat dan misi kita sebagai pelajar dan sememangnya disuruh untuk belajar. Jadinya, untuk belajar, kita memerlukan satu medium yang mampu menerima dan penyampaian ilmu tanpa disekat. Sekiranya pengaplikasian bahasa inggeris diterap kedalam pendidikan di Malaysia, saya secara peribadinya berpendapat bahawa kita sebenarnya merancang untuk memusnahkan generasi masa hadapan. Yang saya maksudkan ini adalah isu berkenaan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Isu ini timbul apabila tun dr Mahathir mengubah system pendidikan rendah daripada menggunakan bahasa melayu ke bahasa inggeris. Secara kasarnya, kita akan mendapati bahawa ianya mendapat faedah yang menguntungkan, kerana mahu tidak mahu kita tetap akan menggunakan bahasa inggeris sebagai alat berkomunikasi apabila memasuki ke alam university. Ini kerana kebanyakan buku2, diperingkat master terutamanya, menggunakan bahasa inggeris. Jadinya, amat bertepatanlah sekiranya kita memberi pendedahan lebih awal kepada pelajar di sekolah awal untuk menggunakan bahasa inggeris di sekolah2. Memang tidak dinafikan bahawa ramai yang bersetuju dengan penggunaan bahasa inggeris ini.


Namun, disebalik itu semua kita tidak lihat 'isinya'. Disebalik penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah, ia akan menimbulkan pelbagai keraguan, kesulitan dan sebagainya. Ini kerana dimalaysia, kebanyakan rakyatnya adalah bangsa melayu. Hampir 60%. Orang melayu ini sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa ibunda mereka, bahasa melayu. Begitu juga yang terjadi pada kaum cina dan india. Mereka ada 'mother tongue' tersendiri. Mereka akan memilih untuk berbicara dalam bahasa mereka sendiri. Ini kerana perkara itu lebih memudahkan untuk mereka berkomunikasi. Memang ada orang cina dan hindu menggunakan bahasa inggeris ketika berbicara dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Namun, saya fikir, mereka tidak akan membiarkan bahasa ibunda mereka sendiri 'disepak terajang' oleh bangsa lain. Mereka akan memastikan bahasa mereka terpelihara. Kalau tidak, mana mungkin wujudnya papan2 tanda berbahasa cina dan bahasa tamil. Manakala dalam kalangan bangsa melayu pun, kesemuanya ingin berbahasa inggeris kalau boleh. Sehinggakan majlis yang dihadiri oleh orang melayu keseluruhannya pun menggunakan bahasa inggeris. Pada saya, ini suatu kesilapan besar. Kita dibesarkan dengan bahasa melayu dan kosa kata bahasa melayu sudah banyak. Dan kenapa perlu meggunakan bahasa lain, melainkan memang keadaan memerlukan kita meggunakan bahasa inggeris.

Sekarang ini, saya lihat sudah menjadi trend untuk majikan memilih pekerja yang boleh berbahasa cina. Apa sudah jadi dengan bahasa melayu. Sudah tidak ada kualiti lagikah dengan bahasa melayu?. Ataupun sudah hilang orang yang ingin bertutur dalam bahasa melayu. Sepatutnya, bangsa melayulah yang seharusnya sensitive dengan perkara ini.

Yang seterusnya, saya berpendapat, sekiranya bahasa inggeris ini terus diajar dalam mata pelajaran sains dan matematik, saya rase tidak semua mampu menguasai kedua2 mata pelajaran tersebut. Di peringkat sekolah rendah, seharusnya diteruskan dengan menggunakan bahasa melayu kerana pada peringkat awal ini, seharusnya kita menanam sifat minat kepada para pelajar. Jika pelajar belajar dengan beroleh keputusan yang cmerlang, namun tidak rase minat terhadap subjek tersebut, apa gunanya. Mereka seolah2 dipaksa untuk belajar.

Kesemua statistic dan bancian di buat hanyalah sekitar bandar2 besar, terutamnya di k.l. maka, memanglah statistic ini akan menyebelahi penggunaan bahasa inggeris. Mereka ini memang sudah terbiasa dengan majalah2 dan buku2 inggeris. Namun, kita kena ingat, peratus rakyat di luar Bandar adalah jauh lebih tinggi. Mereka ini tiada kelengkapan yang sempurna. Ibu bapa mereka pula tidak mampu untuk mengajar dan bertutur dalam bahasa inggeris. Jadinya, mereka belajar bahasa inggeris hanya dengan buku teks. Mereka tidak berkemampuan untuk mengikuti tusyen dan kelas tambahan. Jadinya, mereka ini, kalau cemerlang pun, adalah dengan cara memaksa, tidak secara minat yang mendalam terhadap bahasa inggeris itu sendiri.


Cukup dulu kot setakat ini. Saya sebenarnya agak teruja untuk membincangkan hal ini, namun masa agak terbatas untuk saya cerita lebih dalam. Dan saya sendiri pun selalu melalut dalam penulisan. insyaAllah , kalau diizinkan saya ingin menulis lagi tentang isu ini. (sory, macam tergantung sket ending artikel ni-nak buat tutor)

Sunday 4 January 2009

RiFLe VS BaTu

Kekacauan di negara palestin bukanlah baru. Malah bagi mereka, hidup dengan membaling batu itu adalah suatu lumrah dan sudah sebati bagi mereka untuk mempertahankan diri. Tentang kejahatan dan niat buruk Israel ini pun satu. Memang sudah tidak dinafikan lagi. Kalau tidak, mana mungkin negara barat membencikan yahudi, terutamanya hitler(cerita dahulu-WW2). Pertama sekali, saya ingin membicarakan tentang perangai buruk dan tabiat orang yahudi ini sendiri. Yang pertamnya, dunia pun sudah tahu, mereka ini suatu kaum yang suka melaga2kan orang dan mengambil kesempatan atas orang lain. Contohnya, tentang bunga(interest) yang dikenakan oleh mereka. Dahulunya, puak nazi membenci yahudi disebabkan inilah. Mereka ini suka menekan dan menindas orang. Mereka bagi pinjam duit. Dan kemudian mintanya kembali dengan harga yang melambung tinggi. Yang keduanya, mereka punya fahaman ini sangat jumud. Contohnya, mereka menganggap agama selain mereka ini adalah anjing mereka. Seolah2, tuhan hanya menerima agama mereka sahaja, dan siapa yang bukan agama mereka, mereka boleh buat apa sahaja. Pandangan ini sangatlah zalim. Even dalam islam sendiri, kita tidak menidakkan hak seorang kafir. Yang seterusnya, orang Israel ini sangat pelik tentang motif dan semangat juang mereka. Saya penah tengok dalam discovery. Ketua askar Israel telah dipilih untuk menjalankan latihan yang dibuat oleh discovery channel. Dalam itu, dia nyatakan askar Israel adalah askar yang paling bagus dan latihan ketenteraannya adalah paling berkualiti. Even US pun tidaklah sehebat mereka. Tapi, yang peliknya, askar Israel ini, bertempur dengan suatu puak yang tidak memiliki apa2. Yang ada pun hanya lah roket buatan sendiri, yang mana ketepatannya sangat2 jauh berbeza dengan mereka. Kalau bagi saya, ini suatu tindakan yang bodoh. Ada pulak orang yang kuat digandingkan dengan orang yang lemah. Orang yang memegang rifle bertempur dengan batu. Inilah yang menunjukkan pengecutnya Israel. Seterusnya, perangai Israel ini pula, suka bergaduh dan saling salah menyalahi. Contohnya, dimasa tentera Israel memasuki lubnan, apabila banyak tank2 mereka rosak dibedil dengan tentera hezbullah, mereka menyalahkan ketua tentera mereka. Mereka ini pula tiada moral yang kuat. Benda ini saya nampak dalam al-jazeera. Tentera Israel ini, masa perang, mereka letih. Tapi, mereka ini bodoh juga. Ada ke patut tidur di sebelah bom. Tidur time perang pun sudah cukup menunjukkan mereka ini tiada jati diri yang kuat. Hanya latihan ketenteraan sahaja yang kuat, tapi, bila dah masuk dalam perang, tak boleh pakai.


 

Seterusnya saya ingin merungkai pula kedudukan rakyat2 gaza. Hamas ini adalah suatu entiti yang hanyalah satu persatuan. Yang mana mereka ini ditubuhkan untuk mewujudkan kembali negara mereka yang merdeka. Saya tidaklah sangat sedih apabila mendengar ramai penduduk palestin yang mati, tapi, yang menyedihkan saya adalah apabila negara2 arab tidak mampu untuk membuat apa2. Bagi saya ini suatu sikap yang lebih teruk dari membunuh (secara reality). Mereka ini ada kuasa, tambahan pula, mesir, Syria, dan Jordan. Tapi, mereka ini gagal untuk mengekang keganasan yang dilakukan oleh orang Israel. Bukankah pelik apabila statement yang dikeluarkan oleh mesir, supaya penduduk palestin(hamas dan fatah) jangan bertelagah. Hamas dan fatah memanglah tidak sependapat, tapi, mereka bertelagah disebabkan benda lain, dan bukannya isu Israel memasuki gaza. Mereka hanya bertelagah tentang kewujudan negara Israel. Tapi, kedua2nya tidak ingin Israel melakukan keganasan. Saya merasakan seolah2 negara arab telah dikunci mulut mereka. Dan US pula hanya menyokong dari belakang. Dan Obama pula langsung tidak dibenarkan untuk membuat ulasan tentang perang di negara teluk. Dengan alasan Obama masih belum menjadi presiden. Dan akhirnya, Obama dihantar sehingga ke Hawaii atas alasan bercuti. Namun, semasa perang Russia dengan Ossentia, Obama boleh pula mengeluarkan statement. Bukahkan ini pelik. Orang Israel memang sudah merancang ini semua sebenarnya. Keganasan ini sering berlaku terutamanya apabila pilihanraya di Israel makin hampir. Parti2 yang bertanding di Israel mahu menunjukkan kekuasaan mereka dengan mengganas di bumi palestin.


 

Ada suatu benda lagi yang saya ingin kongsikan bersama. Dulu, ayah saya ada bertemu rakannya dari palestin. Apa yang dikatakan oleh dia agak memeranjatkan saya. Katanya, dia juga tidak risau tentang keganasan di negaranya, sebabnya, dia percaya dengan apa yang al-quran katakan, iaitu, orang yahudi dikhirnya nnt, dia akan kalah dan akan dikejar sehingga ke hujung nyawa. Tambahannya pula, bagi ibu2 yang kematian anak mereka, mereka merasakan ingin melahirkan lagi ramai anak walaupun dia tidak tahu sama ada anak yang bakal dilahirkan itu still selamat atau tak. Sebabnya, bagi rakyat palestin ini, kematian itu bukanlah suatu yang ditakuti. Dimana2 sahaja manusia boleh mati. Tapi, mati di jalan Allah itu adalah suatu yang diingini oleh mereka. Lain pula bagi pihak Israel, mereka ini pengecut. Apabila ada satu peluru yang disasarkan di tempat mereka, mereka akan bertempiaran. Dan dalam masa yang sama, akan ada satu siren yang akan berbunyi sabagai tanda amaran. Maka, mereka akan melarikan diri dan bersembunyi di bawah tanah. Maka disini, moral bagi umat islam itu sudah kelihatan. Orang islam berperang untuk mati, tapi, orang kafir(Israel) berperang untuk selamatkan orang mereka dan seboleh mungkin taknak bagi langsung injured. Maka, orang islam ini akhirnya akan berperang bersungguh2.


 

Tentera palestin, kalau mereka meninggalkan rumah, mereka tidak meninggalkan apa2 pada isteri mereka. Even mereka pun tidak bagitau kemana mereka akan pergi. Ini memudahkan mereka kerana apabila suatu hari nnt, si isteri ditangkap oleh orang Israel, dan apabila isteri mereka disoal siasan, mereka tidak akan memperolehi apa2 maklumat. Ini lah suatu taktik yang susah diketahui oleh orang Israel. Bagi mereka(tentera islam) selangkah mereka keluar dari rumah, belum pasti mereka boleh pulang dengan selamat. Maka, lebih baik, mereka tidak meninggalkan apa2. Dan kalau terjadi sesuatu nnt pun, mereka(si isteri) akan sudah bersiap sedia dengan apa jua akibatnya.


 

Kemudiannya, kalau kita melihat kembali apa yang tenjadi di lubnan, terjadinya suatu yang agak pelik. Boleh dikatakan tentera Israel kalah dalam perang itu. Sebabnya, telah banyak kereta kebal mereka jahanam. Yang keluar di surat khabar tentang kematian 10000 di lubnan itu hanya lah orang awam. Tapi, tentera Hezbollah tidak lumpuh pun dengan serangan Israel. Ini kerana, tentera Hezbollah berada di merata2. Saya berpeluang melihat review perang di lubnan. Rupa2nya, tentera Hezbollah ini, mereka telah melakukan pelbagai intipan dan penyelidikan tentang kereta kebal yang digunakan untuk dibawa masuk oleh tentera Israel ke lubnan. Akhirnya, mereka tahu kelemahan tank yang dibawa masu, dan akhirnya, mereka menemui tempat kelemahan tank2 terbabit. Maka, dengan mudah mereka dapat meletupkannya. Saya dapat lihat byk tank yang berasap dan terbakar akibat daripada tembakan tentera hezbolllah. Dan semasa itulah mereka mula menyalahkan ketua tentera mereka.


 

Dan apa yang berlaku di gaza ini, saya ingat serupa itu juga. Tambahan pula, di gaza, jalan2nya sempit sempit. Lagi memudahkan orang awam untuk meletakkan bom di kereta kebal Israel. Dan payah bagi tentera Israel untuk masuk ke dalam gaza sebabnya banyak bagunan2. Sebab itulah saya sebenarnya tidak gentar melihat kereta kebal Israel yang bersusun di sempadan. Akhirnya, mereka terpaksa menyerang dari atas, menggunakan F-16. Tapi, kita kena ingat. War is dicided on the ground, not on the sky(kata2 chedet pada Singapore-huhuhu)

Wednesday 24 December 2008

HeLp Me

Please somebody help me!!!! Aku tak pandai nak manage account dalam blog ni. Banyak artikel2 aku tak boleh publish… -ni kes malas nak belajar la ni-

CINTAILAH CINTA

Pemahaman setiap manusia berbeza. Secara zahirnya, manusia melihat cinta seolah2 perkara yang mendatangkan seribu satu macam kebahagian, ketenangan, keamanan dan segala yang baik2. Manusia memang secara fitrahnya sudah dilahirkan untuk bercinta dan mencintai. Pemahaman dan cara mengaplikasikannya saja yang berbeza. Bagi orang barat, cinta itu datang dan pergi, dan cinta itu tidak semestinya perlukan seseorang itu mendirikan rumah tangga. Malah bagi mereka, mengapa harus berumah tangga sedangkan jika hanya hidup sekatil dan sebumbung mendatangkan kebahagian. Percintaan yang dicari itu nampaknya seolah2 hanya tertakluk kepada naluri binatang.


 

Memang ada benarnya sangkaan mereka tu. Sebabnya, apabila mereka kahwin dan mempunyai anak, dan dipertengahan hidup mereka wujudnya konflik rumah tangga, ia akan menjadi satu masalah yang besar. Yang mana, akhirnya, perlukan mahkamah, dan mak kepada anak yang dilahirkan perlu bertaruh mendapatkan hak penjagaan anak. Maka, bagi mereka, method yang mudah adalah dengan tidak berkahwin, dan hiduplah selama mana pun. Dan sekiranya wujud perbezaan pendapat, maka tak perlulah duduk bersama lagi. Kiranya ada anak yang dilahirkan, anak tersebut dikongsi bersama. Agak ringkas dan tak perlulah bergaduh dan bawa kes ke court. Anak yang dilahirkan itu kalau dalam komuniti kita, kita panggil anak luar nikah. Agak kasar bahasa tu, tapi, kalau kat Europe, mainly London, anak luar nikah itu sudah biasa. Malah mereka tidak segan bagitau yang mak ayah mereka kahwin selepas dia dilahirkan.(entah betol dia tu anak ayah dia atau tak, siapa tau). Maka di sini, wujudnya, prinsip individualistic. Kalau di Malaysia ini, prinsip ini boleh jelas diperhatikan melalui restoran2, contohnya, Mc Donald, BurgerKing, dan A&W. semua jenis restoran ini menghidangkan makanan2 yang dikira individualistic kerana ianya berbentuk fastfood. Contohnya, mereka yang bekerja sehingga lewat malam, mereka akan prefer makan mcD, compared to makan di rumah yang mana tah ada lagi atau tak lauk-pauk. Pernah ke kita tengok yang makan di mcd tu family besar. Kalau ada pun sangat jarang. Sebab makanan sebegitu tak enak dan kurang conducive untuk kita bersama family.


 

Pendirian sebegini perlulah dielakkan dan kita jangan terjerat dengan ideologi2 yang dibawa oleh barat. Cukuplah kita menceduk ilmu yang mereka perolehi. Tak perlulah kita amalkan gaya hidup seperti mereka. Kalau kita tengok secara mendalam, gaya hidup macam mereka ini sebenarnya mendatangkan byk pressure pabila mereka sudah tua. Contoh simple pergaulan dalam family. Kalau dalam masyarakat kita, dalam keluarga wujudnya panggilan2 tertentu, seperti angah, along dan sebagainya. Dan juga wujudnya cara untuk menghormat orang tua, seperti salam dan telefon bertanya khabar. Benda2 seperti ini yang mengurangkan tension kita di pejabat dan di universiti2. Kalau tak percaya, cuba kita fikirkan apabila kita berada dalam family kita yang mana adanya keluarga kita semuanya. Jangan fikirka tempat kerja. Sudah tentu kita akan merasa gembira dan riang sekali. Kita akan meikirkan gelagat anak buah dan sepupu2. Dan dapat bergurau senda antara kita dengan nenek, dan sebagainya.


 

Lain pula yang terjadi pada golongan barat. Mereka mengamalkan prinsip demokrasi. Dalam hidup mereka hanya wujud ganti diri 'I' dan 'You'. Tidak kira tinggi mana martabat seseorang itu, si anak akan memnaggil ibunya 'You'. Kalau dalam masyarakat kita, kalau kita panggil ibu 'Kau' pun sudah indicate kita ini kurang ajar. Mereka pula lebih bebas. Contohnya apabila sudah berumur 18, mereka berhak berbuat apa2. Malah merka boleh saje nak bawa pulang girlfriend pulang ke rumah. Bagi mereka, itu hak kebebasan untuk berkawan. Dalam masyarakat kita, pergaulan kita dengan sahabat2 terbatas. Tak perlulah sampai bawa pulang ke rumah anak dara orang.


 

Selain itu juga, masyarakat barat ini tidak 'reti' berkomunikasi dengan ibu bapa dengan elok. Mereka tahu mencipta telefon, tapi, langsung tidak mahu bertanya khabar pada ibubapa. Mereka reti untuk menilaikan dan mengukur kebahagian, tapi, mereka gagal untuk mengatasi masalah penceraian. Mereka reti mencipta kereta yang mewah, namun mereka gagal untuk mengawal asap yang keluar dari ekzos2 kenderaan ciptaan mereka. Kita tidak seharusnya hanya reti 'membina' tapi tidak reti untuk 'maintain'kannya. Bagi masyarakat kita, ia seolah2 hampir lengkap. Mengapa kita harus mengikut gaya hidup seperi mereka yang mana akhirnya nnt, tiada faedahnya.. maka disini, kita tanya dan rungkaikan dalam hati kita, apa sebenarnya matlamat hidup kita.

-maaf, tajuk tu macam tak berapa kena dengan isu di hujung2 kata(mula2 macam nak buat kisah cinta, tapi, bertukar jadi macam serius pula) J

Wednesday 28 May 2008

Madah Terpilu

Alhamdulillah ku panjatkan doa setinggi2nya kehadrat ilahi yang membenarkan aku hidup sehingga hari ini. Kadang kuterfikir tentang betapa banyaknya rahmat dan kasih saying yang telah Allah kurniakan kepadaku. Sudah la dengan nikmat hidup ditambah pula dengan nikmat kebahagian keluarga. Aku terasa seolah2 iman aku masih belum diuji(bukan mengiginkan ujian tersebut). Sedangkan dalam agama sendiri pun tidak membenarkan kita menilai iman kita selagi mana iman itu tidak diuji dan diusik. Tatkala aku membaca paper, aku melihat isu yang menyentuh hatiku ini. Begitu banyak yang boleh menggugat aku. Apa yang terjadi dinegara jiran sendiri pon agak mengguriskan hati aku. Sbenarnya disebabkan itulah aku menulis post ini. Aku cuba bayangkan apa yang akan terjadi padaku sekiranya disaster itu terjadi pada diriku dan keluargaku. Semua harta, rumah, kereta, dan seluruhnya akan hilang dariku dalam sekelip mata sahaja. Allah mampu menarik apa saja yang telah diberikan pada sesiapa yang dikehendakinya.

Terkadang pula, aku memikirkan hidupku yang serba mewah dan langsung tidak bersyukur dengan pemberian yang berharga tersebut. Jika boleh aku ingin fikiran aku ni tidak mudah melupakan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang sangat susah even nak dapatkan sesuap nasi. Tetapi apa kan daya, insan ini mudah lupa. Aku mengaku yang diriku ini sangat mudah dipengaruhi oleh syaitan. insyaAllah dengan penulisan ini aku mengharapkan sedikit sebanyak dapat menghindarkan amalan buruk syaitan ini dan seterusnya lenyap dari diriku ini, insyaAllah. Dalam pada itu juga, aku begitu mengharap agar iman dan islam dalam diriku ini dapat ditegakkan dalam acuan yang sebenar.

Dalam hal kekeluargaan, aku merasakan diriku ini masih belum cukup untuk mewarisi apa yang dimiliki oleh bapak dan ibuku. Sepatut2nya, seseorang anak itu perlulah lebih bagus nilai akhlak dan nilai akedemiknya dari kedua-dua ibu bapa nya supaya kelangsungan dalam kekeluargaan itu berjalan dengan baik. Namun, yang terjadi padaku ini, seolah-olah jauh ketinggalan. Dalam hati ini terasa juga ingin mengikut jejak langkahnya, sebagai seorang daie’ dan seorang ahli agama yang mantap. Kadang-kadang aku turut merasakan bahawa pendidikan yang aku hadapi sekarang ini makin jauh dari garis panduan islam.. even aku hidup dalam uia, namun amat sukar bagiku untuk mempraktikkan prinsip islam itu secara total. Masih banyak lagi yang perlukan ku tarbiyahkan dalam diriku ini. Amalan ziarah amat jarang aku lakukan. Karat2 hedodisme yang mengiginkan hiburan (games dan muzik) perluku jauhkan dahulu.

Aku amat menghargai kepada rakan2ku yang sanggup menasihati dan terus mengajak aku dalam proses pentarbiyah untuk menjadi seorang muslim. Diakhir kata ini, aku sekali lagi ingin memanjatkan setinggi2 kesyukuran kehadrat ilahi atas segala nikmat dan kebahagiaan yang diberikan sejak aku lahir kedunia ini sehinggalah kepada apa yang aku akan terima sehingga aku menemu ajal kelak.

Tuesday 13 May 2008

Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di malaysia kini agak kurang praktikal jika kita mahu meletakkan negara kita sebagai batu aras untuk menjadi antara yang maju. Dalam hal ini, kita dapat lihat dari pelbagai aspek.

Yang utamanya berkaitan sistem peperiksaan. Diketahui umum bahawa Malaysia ada 3 peperiksaan yang dikira besar dalam sistem persekolahan. Dalam sistem ini, kepandaian atau lebih tepat lagi kecerdikan para pelajar diukur berdasarkan peperiksaan yang mempunyai masa tertentu untuk diselesaikan. Dalam sistem ini, pelbagai kelemahan yang dapat kita perhatikan terutamanya dari segi sukatan pelajaran. Dalam hal ini, saya dapat berkongsi sedikit pengalaman sebab saya merupakan antara sekolah boarding school. Apa yang saya ingin jelaskan disini adalah kebanyakannya, soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan(terutamannya dalam PMR dan SPM) adalah seolah2 sandiwara. Rata2 pelajar dari sekolah berasarama sudah tahu apa soalan yang akan keluar. Saya masih ingat lagi dimana ketika saya mengambil SPM, saya telah diberikan pelbagai soalan spot yang perlu diambil perhatian. Kalau dalam keadaan tersedak inginkan kejayaan dalam peperiksaan sudah tentu semua pelajar mahukan soalan spot tersebut. Yang paling menakjubkan saya, soalan spot yang diberikan adalah serupa dengan apa yang saya jawab ketika soalan sebenar SPM. Siap dengan no soalan lagi. Tidakkah ini memelikkan. Bukan ingin menyalahkan kementerian, tetapi bagaimana keadaan ini terjadi sedangkan apa yang kita nak hasilkan pada masa depan adalah pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap.

Maka dalam hal ini, sapa yang perlu disalah. Adakah perlu kita mengukur dengan peperiksaan semata2. saya tidak menafikan bahawa peperiksaan adalah satu metodologi yang bagus untuk menilai takad kecerdikan para pelajar, namun, kita perlu sedar, bahawa peperiksaan tidak mencerminkan kecerdikan tersebut secara total. Lahiriah para pelajar tidak akan terhasil sekiranya mereka hanya tahu menjawab soalan dalam kertas, dalam masa yang sama, malu dan segan untuk menampilkan diri dalam masyarakat.

Hari ini, ilmu sangat penting. Tapi, kita tidak boleh menolak perlunya akhlak(dalam islam) dan etika(dalam pendidikan secular) untuk menjadikan mereka(pelajar) berkualiti di masa hadapan. Cuba kita perhatikan dalam keadaan semasa, berapa banyak duit yang dapat dicuri oleh seorang di kedai emas atau pun di mana2 bank di Malaysia. Paling banyak pun yang berlaku di Kajang, Selangor yang mengaut keuntungan berpuluh juta. Dalam masa yang sama cuba kita perhatikan pula duit yang digelapkan dalam kes PERWAJA(yang sehingga kini tidak diketahui mana perginya). Beratus2 juta yang telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kes ini dilakukan oleh seseorang yang hanya pas SPM atau diploma. Sudah tentu tidak. Saya percaya, benda ini berlaku pada orang dalam sendiri yang mempunayi ilmu yang tinggi dalam hal ekonomi dan usahawan. Disini kita dapat lihat peranan akhalak itu sendirr dalam melenturkan peribadi yang syumul.

Dini hari, ramai ibu bapa yang hanya mengambil berat tentang pendidikan anak mereka sahaja tanpa mengajar tentang akhlak atau nilai moral. Kita perlu sedar sekarang. Jelas sekali pendidikan di sekolah sekarang ini tidak meletakkan akhlak itu sebagai tunjang atau kunci dalam pembangunan lahiriah. Pendidikan hari ini pula sudah mula menolakkan agama dalam silibus mereka. Lihat hari ini, para pelajar telah mula didedahkan tentang teori Darwin dan teori big bang yang menolak hukum agama sebagai pencetus insan dan alam ini. Teori2 ini merupakan racun bagi kita sebagai manusia yang berpegang dengan rukun iman dan islam. Ramai ibu bapa yang tidak sedar benda ini berlaku dalam pemikiran anak mereka. Kita tidak mahu akhirnya nnt, generasi akan datang sudah mula menerima ideologi2 dan mula mengamalkan prinsip secular(yang hanya mementingkan prinsip ‘disini dan hari ini’)

Wednesday 7 May 2008

Ke Mana Halatuju Bangsa Melayu(Islam)

Assalamualaikum. ...

sebenarnya saya terpanggil untuk membincangkan isu ni memandangkan
semakin hari semakin byk isu yang bangkit ekoran PRU yang lalu...
pertamanya, saya ingin menjelaskan saya bukanlah menyokong mana2 parti
politik. prinsip saya jelas.. tak kesah parti politik mana sekali pon,
kalau ia memantapkan agama Islam dan memartabatkan umat melayu, saya
pasti menyokong parti itu...

terus pada isi yang saya nak ungkapkan disini adalah kenapa hari ni
kita(bangsa melayu) masih lagi tidak mengambil ikhtibar.... bukankah
kita semua ni satu agama... satu rumpun, satu prinsip dan satu hala
tuju(syurga di akhirat kelak)???...

kekalahan barisan nasional dalam PRU yang lalu mendatangkan pelbagai
impak pada kita hari ni.... pertamanya saya agak bersyukur kerana
dasar kroni(yang byk sekali dilihat dalam pemerintahan barisan
nasional) dapat dikurangkan. .. dan percaturan politik akhirnya dapat
didukung oleh ahli agama juga.... selain itu juga, saya merasa lega
kerana setidak2nya, para pemerintah perlu memikirkan beberapa kali
untuk mengeluarkan sesutau pendapat kerana kini sudah ramai parti
pembangkang yang sedia untuk berhujah sekiranya buah fikiran mereka
hanya mementingkan dasar hedonisme semata2...

dalam hal yang sama juga, saya melihat keruntuhan hak orang melayu
turut hilang... apabila BN hilang byk kerusi, parti pembangkang sudah
memulakan langkah yang baru dengan menubuhkan pakatan rakyat.. dalam
hal ni kita dapat lihat, kuasa UMNO makin hilang... taring orang
melayu seolah2 hilang sama sekali. UMNO yang dahulunya sering
membangkitkan hak orang melayu. dan dahulunya sanggup bersusah payah
agar malayan union tidah ditubuhkan(kerana malayan union menjahanamkan
keistimewaan kita)... kini, apabila barisan nasional sudah pudar, maka
UMNO turut pudar... dan orang melayu kini sudah berpecah... dan hari
ini kita lihat, disebabkan parti politik, sehingga tidak sanggup
berbesankan orang yang bukan sealiran politik dengannya... maka, salah
siapa sekarang???. ...

adakah salah UMNO kerana tidak menjalankan mandat yang mantap
sepertimana yang dijalankan oleh Onn Jaafar dahulu dan sering mengaut
keuntungan dari orang melayu secara diam2... atau kerana PAS dan
Keadilan yang berlagak sombong mahu tunjuk hero(apbila sudah
memperoleh kerusi yang byk dalam PRU)...

saya agak terkilan dengan sikap segenap pemimpin(tidak kira la parti
apa sekali pon) yang hanya mementingkan parti daripada mementingkan
hak kaum mereka sendiri..... tidak keterlanjuran saya mengatakan
bahawa kita(orang melayu) seolah2 tidak ada bezanya dengan apa yang
berlaku di Palestin sana yang bergaduh antara Hamas dan Fatah...
kedua2nya agama islam... kedua2nya percaya pada rukun iman.... tapi,
disebabkan parti politik, mereka sanggup bergaduh dan membiarkan
Yahudi laknatullah bergelak sambil bertepuk tangan...

apa yang berlaku di Perak sudah cukup mendukacitakan saya...
sebenarnya PAS tidaklah byk sangat menang di negeri itu... hanya
disebabkan adanya minoriti melayu yang ada dalam pas, maka perlantikan
MB disana terpaksalah orang PAS jugak... saya mengakui bahawa kita
sebagai umat islam perlulah mendahalukan orang islam untuk menjadi
pentadbir(kerana jika tidak, di akhirat kelak, kita akan ditanya siapa
pemimpin kita agung2kan di dunia ini).. maka, disini, saya sangat
setuju dengan perlantikan tersebut... tetapi, apa yang nak saya
jelaskan disini, tidakkah kita(orang melayu dalam UMNO dan PAS) ni
mahu duduk berbincang tentang perselisihan dalam parti politik kita...
orang cina dan orang india sudah lama buat benda ni... jangan ingat
Samy Vallu tak buat apa2 tentang isu HINDRAF.. dalam diam2 mereka
sebenarnya berbincang juga sama2 mereka tentang hak mereka. orang cina
sudah lama bersepakat dengan cina dalam DAP di peringkat
antarabangsa. ... mereka sudah byk mengadakan forum disana semata2
untuk meningkatkan kualiti hidup mereka di malaysia... yang kita
ni(UMNO dan PAS).... sudah byk kali asyik menuding jari dalam pebagai
isu... dan diperingkat antarangsa sendiri pun langsung tiada hasil...
jika ada pun, hanya terbatas pada isu2 yang remeh-temeh. .. dan apabila
balik di m'sia, kita saling bercakaran kembali.. apa guna nya semua
ni... sumenya langsung tidak menguntungkan kita...

di negeri2 pembangkang( kedah dan perak), kita asyik membincangkan isu2
yang remeh-temeh. .. yang UMNO tidak habis, menyogok ketua2 kampung
letak jawatan... sehinggakan hantar referendum pada raja pun ada...
apa ini.. ini negeri mereka(parti pembangkang) , janganlah sibuk
tentang negeri mereka... biar la mereka uruskan... rakyat sudah bg
mandat pada mereka, pandai2 la mereka uruskan... Hishamuddin( ketua
pemuda UMNO) penah bg statement yang dia sedia menerima dan mahu
melihat apa yang parti pembangkang akan lakukan untuk memajukan
negeri2 ini... tapi, kini, ada pula, orang2 UMNO yang berlagak hero
mahu menjatuhkan pemerintahan parti pembangkang. .. mereka mengumpul
ketua2 kampung... dan menyerahkan borang peletakan jawatan mereka pada
kerajaan negeri... kini apa sudah jadi, orang cina dan india kini
sudah berani mahu menjadi ketua kampung juga.. malah, mereka inginkan
kuota mereka ditambah ekoran DAP byk menang di Perak... habis hilang
orang melayu.... mereka ni cuma pendatang.. kita ni je yang murah hati
sangat sehingga sanggup bg apa saje pada kaum lain, yang penting tak
dapat pada orang yang tak sealiran politikk...

kita lihat pula di negeri penang, yang majoritinya orang cina, mereka
sudah berfikiran terbuka dan sudah jauh meninggalkan kita...
penduduk disana sudah memperoleh byk lesen2 untuk berniaga, bertani,
menternak dan bermacam2... mereka mula mencari peluang untuk bergiat
dalam ekonomi... dalam sejarah sendiri telah membuktikan ekonomi yang
kukuh mampu untuk menghasilkan negeri yang kukuh..

cuba kita bayangkan kalo kita(PAS dan UMNO) saling bersatupadu, sudah
pasti, kita dapat memerintah negeri2 ini dengan majoriti yang lebih
byk... tidakkah kita mengimpikan di akhir nnt, agama islam dan bangsa
melayu tu menjadi agama dan bangsa yang tersohor.... biarlah kalau tak
tersohor di dunia sekali pon, memadai lah tersohor di negara malaysia
ini...

(saya tulis artikel ini disebabkan saya bimbang dengan nasib agama dan
bangsa saya di masa hadapan.. apa akan jadi kalau orang cina dan india
sudah menguasai 70% daripada ekonomi negara kita... adakah cukup
sekadar kita mempunyai raja dan sultan yang gah di istana... sekali
lagi saya mengatakan bahawa saya bukanlah orang politik. cuma mahu
berkongsika buah fikiran. mohon maaf sekiranya dalam artikel ini
menyinggung mana2 pihak.. dan sekiranya saya tersalah bicara, saya
sedia ditegur...)

mana yang baik datang dari Allah, dan mana yang buruk dan kurang
datang dari kesilapan dan kesalahan saya sendiri...
wallahu'alam