Thursday 12 March 2009

Sains & Teknologi

Prasarana serta kemudahan yang lahir zaman ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan, dalam hanya setahun sahaja, terlalu byk rekaan dan binaan manusia yang menunjukkan mereka mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Sains dan teknologi tidak boleh dinafikan kepentingannya pada zaman ini. Manusia seolah2 dahagakannya. Semakin byk manusia mencipta sesuatu, semakin berkembang ilmu itu. Walaubagaimanpun, ilmu ini hanyalah setitis jika dibandingkan dengan ilmu Ilahi. Islam menyeru umatnya menitikberatkan sains dan teknologi. Jika tidak, masakan ayat pertama disuruh umatnya membaca. Membaca merupakan kunci segala ilmu. Dan sifat membaca sahajalah yang mampu menyebabkan manusia survive sehingga hari ini. Oleh yang demikian, jangan kita sangkalkan lagi bahawa membaca itu adalah punca utama ilmu. Bukannya hanya mendengar lecturer mengajar, dan mendengar video berkenaan ilmu. Kesemuanya itu hanyalah side sources kepada ilmu yang akan kita perolehi.

Berbalik kepada sains dan teknologi, umat islam tidak penah memandang jumud terhadap perkembangan S&T(sains dan teknologi). Apa yang cuba dirungkaikan kali ini adalah apabila ada sesetengah pihak yang memangdang perkembangan S&T sebagai suatu yang negative. Seolah2nya umat Islam digesa tidak menggunakan ilmu S&T yang dipelopori oleh barat, kerana bagi mereka mengagungkan karya barat termasuk dalam golongan berkenaan. Sehinggakan ada diantara mereka menafsirkan dari Al-Quran berkenaan sesiapa yang meniru golongan yahudi dan nasrabi, mereka dikira trmasuk dalam golongan terbabit.

Saya ingin bagi contoh, sesetengah orang berpendapat bahawa membeli buku2 dan mengambil ilmu daripada apa yang dikeluarkan oleh orang barat adalah sesuatu yang tidak baik, dan sesetengahnya berpendapat haram. Mereka merasakan ilmu seharusnya diambil dari karyawan2 Islam yang wujud sejak dahulu. Serta mereka juga merasakan membeli buku teks daripada barat seolah2 memberi sokongan terhadap perkembangan ilmu mereka. Penilaian ini seharusnya difikirkan semula. Saya berpendapat sekiranya ilmu yang dipelajari itu tidak dimiliki oleh kita, dan terkadang2 pula ianya ada hanya pada orang bukan islam, apa salahnya kita pelajari dari mereka. Saya ingin bertanya, adakah ilmu itu datang dari mereka secara mutlak? Adakah mereka berhak memberi atau menerima ilmu sekiranya Allah tidak membenarkan mereka menerima atau memberi ilmu? Disini kita fikirkan semula, sekiranya ilmu berkenaan solar system(sebagai contoh), hanya terdapat di Britain sahaja, apa salahnya, kita membelanjakan wang simpanan kita untuk kita melanjutkan pelajaran di sana dan membeli bahan ilmiah yang diterbitkan oleh orang yahudi dan nasrani sekalipun. Mereka ada ilmu, mereka ada kepakaran, kita seharusnya mencontohi mereka.

Mencontohi mereka tidak semestinya kita merelakan kita ditipu dan direndahkan. Tapi, kita mencontohi mereka kerana mereka adalah orang yang berilmu. Sedangkan Allah sendiri berfirman bahawa Allah akan meniggikan darjat sesiapa yang beriman dan berilmu. Jgn kita lupa, bukan hanya orang beriman diangkat oleh Allah, bahkan orang berilmu turut diangkat oleh Allah. Apatah lagi sekiranya kita mempunyai iman dan ilmu. Itulah yang terbaik, insyaAllah. Dalam ayat yang lain, Allah turut menyebut bahwa kita seharusnya bertanya kepada orang yang pakar, sekiranya kita tidak mengetahui dalam sesuatu bidang. Terkadang saya berfikir, sebenarnya ramai juga penganut agama lain yang belajar tentang ilmu agama islam dari orang islam. Mereka belajar bukannya untuk memeluk islam(sebahagiannya), tetapi, mereka belajar tentang islam kerana mereka ingin mematahkan fakta2 yang dibawa oleh agama kita. Kenapa kita tidak meniru seperti mereka. Kepada kita belajar dari orang yang berilmu(kebanyakannya orang barat). Kita sebenarnya mempunyai suatu sindrom yang mana kita selalu melekeh2 kemampuan orang lain. Padahal, kita tidak mampu melakukan pun. Sindrom ini seharusnya dibuang sekiranya kita ingin melihat umat islam maju kehadapan. Dalam pada itu juga, kita tidak seharusnya seperti katak yang berada di bawah tempurung yang mana katak tersebut langsung tidak tahu tentang dunia luar apatah lagi mahu menggunakan kemudahan dan prasarana yang ada di dunia ini.

No comments: