Wednesday 24 December 2008

CINTAILAH CINTA

Pemahaman setiap manusia berbeza. Secara zahirnya, manusia melihat cinta seolah2 perkara yang mendatangkan seribu satu macam kebahagian, ketenangan, keamanan dan segala yang baik2. Manusia memang secara fitrahnya sudah dilahirkan untuk bercinta dan mencintai. Pemahaman dan cara mengaplikasikannya saja yang berbeza. Bagi orang barat, cinta itu datang dan pergi, dan cinta itu tidak semestinya perlukan seseorang itu mendirikan rumah tangga. Malah bagi mereka, mengapa harus berumah tangga sedangkan jika hanya hidup sekatil dan sebumbung mendatangkan kebahagian. Percintaan yang dicari itu nampaknya seolah2 hanya tertakluk kepada naluri binatang.


 

Memang ada benarnya sangkaan mereka tu. Sebabnya, apabila mereka kahwin dan mempunyai anak, dan dipertengahan hidup mereka wujudnya konflik rumah tangga, ia akan menjadi satu masalah yang besar. Yang mana, akhirnya, perlukan mahkamah, dan mak kepada anak yang dilahirkan perlu bertaruh mendapatkan hak penjagaan anak. Maka, bagi mereka, method yang mudah adalah dengan tidak berkahwin, dan hiduplah selama mana pun. Dan sekiranya wujud perbezaan pendapat, maka tak perlulah duduk bersama lagi. Kiranya ada anak yang dilahirkan, anak tersebut dikongsi bersama. Agak ringkas dan tak perlulah bergaduh dan bawa kes ke court. Anak yang dilahirkan itu kalau dalam komuniti kita, kita panggil anak luar nikah. Agak kasar bahasa tu, tapi, kalau kat Europe, mainly London, anak luar nikah itu sudah biasa. Malah mereka tidak segan bagitau yang mak ayah mereka kahwin selepas dia dilahirkan.(entah betol dia tu anak ayah dia atau tak, siapa tau). Maka di sini, wujudnya, prinsip individualistic. Kalau di Malaysia ini, prinsip ini boleh jelas diperhatikan melalui restoran2, contohnya, Mc Donald, BurgerKing, dan A&W. semua jenis restoran ini menghidangkan makanan2 yang dikira individualistic kerana ianya berbentuk fastfood. Contohnya, mereka yang bekerja sehingga lewat malam, mereka akan prefer makan mcD, compared to makan di rumah yang mana tah ada lagi atau tak lauk-pauk. Pernah ke kita tengok yang makan di mcd tu family besar. Kalau ada pun sangat jarang. Sebab makanan sebegitu tak enak dan kurang conducive untuk kita bersama family.


 

Pendirian sebegini perlulah dielakkan dan kita jangan terjerat dengan ideologi2 yang dibawa oleh barat. Cukuplah kita menceduk ilmu yang mereka perolehi. Tak perlulah kita amalkan gaya hidup seperti mereka. Kalau kita tengok secara mendalam, gaya hidup macam mereka ini sebenarnya mendatangkan byk pressure pabila mereka sudah tua. Contoh simple pergaulan dalam family. Kalau dalam masyarakat kita, dalam keluarga wujudnya panggilan2 tertentu, seperti angah, along dan sebagainya. Dan juga wujudnya cara untuk menghormat orang tua, seperti salam dan telefon bertanya khabar. Benda2 seperti ini yang mengurangkan tension kita di pejabat dan di universiti2. Kalau tak percaya, cuba kita fikirkan apabila kita berada dalam family kita yang mana adanya keluarga kita semuanya. Jangan fikirka tempat kerja. Sudah tentu kita akan merasa gembira dan riang sekali. Kita akan meikirkan gelagat anak buah dan sepupu2. Dan dapat bergurau senda antara kita dengan nenek, dan sebagainya.


 

Lain pula yang terjadi pada golongan barat. Mereka mengamalkan prinsip demokrasi. Dalam hidup mereka hanya wujud ganti diri 'I' dan 'You'. Tidak kira tinggi mana martabat seseorang itu, si anak akan memnaggil ibunya 'You'. Kalau dalam masyarakat kita, kalau kita panggil ibu 'Kau' pun sudah indicate kita ini kurang ajar. Mereka pula lebih bebas. Contohnya apabila sudah berumur 18, mereka berhak berbuat apa2. Malah merka boleh saje nak bawa pulang girlfriend pulang ke rumah. Bagi mereka, itu hak kebebasan untuk berkawan. Dalam masyarakat kita, pergaulan kita dengan sahabat2 terbatas. Tak perlulah sampai bawa pulang ke rumah anak dara orang.


 

Selain itu juga, masyarakat barat ini tidak 'reti' berkomunikasi dengan ibu bapa dengan elok. Mereka tahu mencipta telefon, tapi, langsung tidak mahu bertanya khabar pada ibubapa. Mereka reti untuk menilaikan dan mengukur kebahagian, tapi, mereka gagal untuk mengatasi masalah penceraian. Mereka reti mencipta kereta yang mewah, namun mereka gagal untuk mengawal asap yang keluar dari ekzos2 kenderaan ciptaan mereka. Kita tidak seharusnya hanya reti 'membina' tapi tidak reti untuk 'maintain'kannya. Bagi masyarakat kita, ia seolah2 hampir lengkap. Mengapa kita harus mengikut gaya hidup seperi mereka yang mana akhirnya nnt, tiada faedahnya.. maka disini, kita tanya dan rungkaikan dalam hati kita, apa sebenarnya matlamat hidup kita.

-maaf, tajuk tu macam tak berapa kena dengan isu di hujung2 kata(mula2 macam nak buat kisah cinta, tapi, bertukar jadi macam serius pula) J

1 comment:

Unknown said...

hak..hak...hak...
agak menarik.