Wednesday 28 May 2008

Madah Terpilu

Alhamdulillah ku panjatkan doa setinggi2nya kehadrat ilahi yang membenarkan aku hidup sehingga hari ini. Kadang kuterfikir tentang betapa banyaknya rahmat dan kasih saying yang telah Allah kurniakan kepadaku. Sudah la dengan nikmat hidup ditambah pula dengan nikmat kebahagian keluarga. Aku terasa seolah2 iman aku masih belum diuji(bukan mengiginkan ujian tersebut). Sedangkan dalam agama sendiri pun tidak membenarkan kita menilai iman kita selagi mana iman itu tidak diuji dan diusik. Tatkala aku membaca paper, aku melihat isu yang menyentuh hatiku ini. Begitu banyak yang boleh menggugat aku. Apa yang terjadi dinegara jiran sendiri pon agak mengguriskan hati aku. Sbenarnya disebabkan itulah aku menulis post ini. Aku cuba bayangkan apa yang akan terjadi padaku sekiranya disaster itu terjadi pada diriku dan keluargaku. Semua harta, rumah, kereta, dan seluruhnya akan hilang dariku dalam sekelip mata sahaja. Allah mampu menarik apa saja yang telah diberikan pada sesiapa yang dikehendakinya.

Terkadang pula, aku memikirkan hidupku yang serba mewah dan langsung tidak bersyukur dengan pemberian yang berharga tersebut. Jika boleh aku ingin fikiran aku ni tidak mudah melupakan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang sangat susah even nak dapatkan sesuap nasi. Tetapi apa kan daya, insan ini mudah lupa. Aku mengaku yang diriku ini sangat mudah dipengaruhi oleh syaitan. insyaAllah dengan penulisan ini aku mengharapkan sedikit sebanyak dapat menghindarkan amalan buruk syaitan ini dan seterusnya lenyap dari diriku ini, insyaAllah. Dalam pada itu juga, aku begitu mengharap agar iman dan islam dalam diriku ini dapat ditegakkan dalam acuan yang sebenar.

Dalam hal kekeluargaan, aku merasakan diriku ini masih belum cukup untuk mewarisi apa yang dimiliki oleh bapak dan ibuku. Sepatut2nya, seseorang anak itu perlulah lebih bagus nilai akhlak dan nilai akedemiknya dari kedua-dua ibu bapa nya supaya kelangsungan dalam kekeluargaan itu berjalan dengan baik. Namun, yang terjadi padaku ini, seolah-olah jauh ketinggalan. Dalam hati ini terasa juga ingin mengikut jejak langkahnya, sebagai seorang daie’ dan seorang ahli agama yang mantap. Kadang-kadang aku turut merasakan bahawa pendidikan yang aku hadapi sekarang ini makin jauh dari garis panduan islam.. even aku hidup dalam uia, namun amat sukar bagiku untuk mempraktikkan prinsip islam itu secara total. Masih banyak lagi yang perlukan ku tarbiyahkan dalam diriku ini. Amalan ziarah amat jarang aku lakukan. Karat2 hedodisme yang mengiginkan hiburan (games dan muzik) perluku jauhkan dahulu.

Aku amat menghargai kepada rakan2ku yang sanggup menasihati dan terus mengajak aku dalam proses pentarbiyah untuk menjadi seorang muslim. Diakhir kata ini, aku sekali lagi ingin memanjatkan setinggi2 kesyukuran kehadrat ilahi atas segala nikmat dan kebahagiaan yang diberikan sejak aku lahir kedunia ini sehinggalah kepada apa yang aku akan terima sehingga aku menemu ajal kelak.

No comments: