Friday 5 June 2009

Jalan Ini JalanKu

Delima sebagai seorang pelajar memanglah sesuatu yang merumitkan. Untuk memilih jalan hidup yang lebih proaktif dan sering dilanda pelbagai ujian. Tambahan pula, manusia yang dikategorikan sebagai pelajar ini belum cukup pengalamannya. Pengalaman hidup dan liku-liku yang sering dibadai ombak deras. Namun, semua kekangan ini haruslah ditangani dengan lebih dedikasi. Sikap yang optimis perlu hadir dalam diri pelajar2 ini supaya mase depan mereka terus terjamin.

Sering kali kita mendengar keluhan pelajar2 dengan masalah percintaan mereka. Malah sesetengahnya berpendapat meneruskan pernikahan adalah suatu tindakan yang wajar bagi membendung masalah bergelumang dengan maksiat dan dalam mase yang sama dapat meningkatkan lagi penumpuan dalam akademik mahupun bidang dakwah mereka sendiri. Pada pandangan saya, hal ini adalah subjektif. Maka terpulanglah pada individu2 tersebut utuk menilai kemampuan diri sendiri. Teruskan sahaja niat utuk bernikah sekiranya itu jalan penyelesaian untuk mendapatkan mardhotillah. Tapi ingat, dalam memilih jalan hidup, bukannya mudah. Bukannya, kita jumpe hari ini, esok boleh kahwin dah, seperti cita pandang pertama. Kenallah hati budi dan minta juga restu dari ibu bapa kerana mereka juga ada hak untuk menentukan masa depan anak2 mereka. Yang penting tujuannya adalah satu, menjadikan kita sebagai daie’.
Dalam pada itu juga, ada juga segelintir daripada kalangan pelajar2 ini mengeluh untuk memilih jalan hidup mereka yang harus dituju, yakni memilih bidang belajar yang amat sesuai. Pemilihan bidang ini juga memerlukan penelitian dan pelbagai pertimbangan, sama ada dari segi cabaran2 ketika belajar dan kerja, dan juga kos bagi menanggung pembelanjaan pembelajaran tersebut. Pertimbangan ini juga harus juga disampingkan dengan kerestuan dari Ilahi dan juga sokongan2 daripada ahli keluarga. Prinsip ‘no turning back’ seharusnya ada dalam diri pelajar kerana sekiranya mereka telah memilih jalan hidup sebagai engineer sebagai contohnya, mereka tidak boleh lagi menoleh kebelakang dan menyesali dengan pendirian mereka yang mereka telah buat sejak awal2 lagi. Ini akan merunsingkan mereka dan seterusnya memanjangkan lagi tempoh pembelajaran mereka. Dan sudah pastinya sesiapa pun tidak ingin digelar sebagai student sepanjang umurnya. Maka, dalam hal ini, aku harus melepaskan segala pekung didada semoga luahan hati ini dapat menyelesaikan permasalah. Terbukalah hati ini untuk menceritakannya…….

Mahu tidak mahu, aku harus merenangi lautan yang bergelora ini. Mahu tidak mahu, aku harus menghadapi cabaran diri ini sebagai seorang doktor. Aku yang memilih jalan ini. Jalan ini jalan susah. Tapi, sesusah manapun, manusia itu akan lali dengan kepayahan tersebut. Aku harus mengorbankan tempoh pembelajaran sehingga 6 tahun lamanya. Mahu tidak mahu, aku harus melupakan keriangan bersama keluarga. Mahu tidak mahu, aku seharusnya melupakan waktu suka dukaku dengan rakan2 seperjuanganku. Mahu tidak mahu, aku seharunya menelan pahit-mahit dan segala macam dugaan yang bakal tiba. Bukannya aku ini menjadi populis, tapi, aku mahukan apa yang aku mahu selama ini. Prinsip yang ada dalam hatiku ini adalah mahukan cabaran. I Love Challenging by Havinga a Critical Thinking. Kalau boleh, aku inginkan pemergianku ini bukanlah tangisan mahupun kegirangan. Tetapi, aku mahukan pemergianku ini dipenuhi dengan keazaman. Keazaman agar aku berjaya menempuhi liku2 hidup yang sangat sadis sekali. Kerana, jalan yang kupilih ini, mungkin menginginkan aku melanjutkan pelajaran sehingga 10 tahun lamanya. Bagiku, sepuluh tahun pun, sepuluh tahunlah, yang paling penting aku bersyukur dengan apa yang telah aku pilih selama ini. Sebelum aku memilih jalan ini, pelbagai permasalahan yang sering timbul dalam benak pemikiran aku. Tekanan2 daripada rakan2 seperjuangan turut menyumbang. Mereka meletakkan pengharapan yang menggunung terhadap aku, namun selama ini, aku hanya melontarkan kayu dan batu sahaja kepada mereka. Tapi, sekarang ini, tiba giliran aku pula untuk menjadikan pengharapan mereka itu suatu kenyataan. Malah keluarga2 aku juga turut sama dalam membentuk keputusanku. Sekarang ini baruku rasekan peri pentingnya mempunyai ramai adik beradik yang mempunyai pelbagai ragamnya.

Perhitungan ini bukannya perhitungan mainan. Setiap langkah yang aku susun mengukir seribu coretan dalam lembaran sejarahku. Setiap langkah boleh mengundang padah. Maka, dengan ini setiap langkahku ini seharusnya terus disusun dengan mapan. Bayangkanlah, hanya budak mentah yang mahu meneruskan seribu langkah. Bagiku biarlah kuberjalan selangkah demi selangkah yang mana aku pasti akan selamat tiba ke destinasiku, daripada aku terus berlari mengejar destinasi, namun kemungkinan besar kemalangan turut boleh berlaku yang mana ianya mampu melenyapkan terus halatujuku ini.

Keazaman patut aku cambahkannya dalam hati ini. Aku perlu menukar persepsi. Persepsi yang mana, pemergianku ini suatu yang memedihkan dan bukannya ini masanya untuk keriangan mahupun meneruskan usahaku menjelajah kesemua destinasi. No pain, no gain. So, if I want to gain something, I must feel the pain first.

3 comments:

fahmi faudzi said...

udin, jln mane ko pilih pon aku still sokong ko.. tade hal la bro.. post mantap n berfaedah... terkesan gak aku pasal no turning back uh...

utrujah said...

delima? ke dilemma? anywy, good article

drrara said...

goodluck!