Wednesday 7 May 2008

Ke Mana Halatuju Bangsa Melayu(Islam)

Assalamualaikum. ...

sebenarnya saya terpanggil untuk membincangkan isu ni memandangkan
semakin hari semakin byk isu yang bangkit ekoran PRU yang lalu...
pertamanya, saya ingin menjelaskan saya bukanlah menyokong mana2 parti
politik. prinsip saya jelas.. tak kesah parti politik mana sekali pon,
kalau ia memantapkan agama Islam dan memartabatkan umat melayu, saya
pasti menyokong parti itu...

terus pada isi yang saya nak ungkapkan disini adalah kenapa hari ni
kita(bangsa melayu) masih lagi tidak mengambil ikhtibar.... bukankah
kita semua ni satu agama... satu rumpun, satu prinsip dan satu hala
tuju(syurga di akhirat kelak)???...

kekalahan barisan nasional dalam PRU yang lalu mendatangkan pelbagai
impak pada kita hari ni.... pertamanya saya agak bersyukur kerana
dasar kroni(yang byk sekali dilihat dalam pemerintahan barisan
nasional) dapat dikurangkan. .. dan percaturan politik akhirnya dapat
didukung oleh ahli agama juga.... selain itu juga, saya merasa lega
kerana setidak2nya, para pemerintah perlu memikirkan beberapa kali
untuk mengeluarkan sesutau pendapat kerana kini sudah ramai parti
pembangkang yang sedia untuk berhujah sekiranya buah fikiran mereka
hanya mementingkan dasar hedonisme semata2...

dalam hal yang sama juga, saya melihat keruntuhan hak orang melayu
turut hilang... apabila BN hilang byk kerusi, parti pembangkang sudah
memulakan langkah yang baru dengan menubuhkan pakatan rakyat.. dalam
hal ni kita dapat lihat, kuasa UMNO makin hilang... taring orang
melayu seolah2 hilang sama sekali. UMNO yang dahulunya sering
membangkitkan hak orang melayu. dan dahulunya sanggup bersusah payah
agar malayan union tidah ditubuhkan(kerana malayan union menjahanamkan
keistimewaan kita)... kini, apabila barisan nasional sudah pudar, maka
UMNO turut pudar... dan orang melayu kini sudah berpecah... dan hari
ini kita lihat, disebabkan parti politik, sehingga tidak sanggup
berbesankan orang yang bukan sealiran politik dengannya... maka, salah
siapa sekarang???. ...

adakah salah UMNO kerana tidak menjalankan mandat yang mantap
sepertimana yang dijalankan oleh Onn Jaafar dahulu dan sering mengaut
keuntungan dari orang melayu secara diam2... atau kerana PAS dan
Keadilan yang berlagak sombong mahu tunjuk hero(apbila sudah
memperoleh kerusi yang byk dalam PRU)...

saya agak terkilan dengan sikap segenap pemimpin(tidak kira la parti
apa sekali pon) yang hanya mementingkan parti daripada mementingkan
hak kaum mereka sendiri..... tidak keterlanjuran saya mengatakan
bahawa kita(orang melayu) seolah2 tidak ada bezanya dengan apa yang
berlaku di Palestin sana yang bergaduh antara Hamas dan Fatah...
kedua2nya agama islam... kedua2nya percaya pada rukun iman.... tapi,
disebabkan parti politik, mereka sanggup bergaduh dan membiarkan
Yahudi laknatullah bergelak sambil bertepuk tangan...

apa yang berlaku di Perak sudah cukup mendukacitakan saya...
sebenarnya PAS tidaklah byk sangat menang di negeri itu... hanya
disebabkan adanya minoriti melayu yang ada dalam pas, maka perlantikan
MB disana terpaksalah orang PAS jugak... saya mengakui bahawa kita
sebagai umat islam perlulah mendahalukan orang islam untuk menjadi
pentadbir(kerana jika tidak, di akhirat kelak, kita akan ditanya siapa
pemimpin kita agung2kan di dunia ini).. maka, disini, saya sangat
setuju dengan perlantikan tersebut... tetapi, apa yang nak saya
jelaskan disini, tidakkah kita(orang melayu dalam UMNO dan PAS) ni
mahu duduk berbincang tentang perselisihan dalam parti politik kita...
orang cina dan orang india sudah lama buat benda ni... jangan ingat
Samy Vallu tak buat apa2 tentang isu HINDRAF.. dalam diam2 mereka
sebenarnya berbincang juga sama2 mereka tentang hak mereka. orang cina
sudah lama bersepakat dengan cina dalam DAP di peringkat
antarabangsa. ... mereka sudah byk mengadakan forum disana semata2
untuk meningkatkan kualiti hidup mereka di malaysia... yang kita
ni(UMNO dan PAS).... sudah byk kali asyik menuding jari dalam pebagai
isu... dan diperingkat antarangsa sendiri pun langsung tiada hasil...
jika ada pun, hanya terbatas pada isu2 yang remeh-temeh. .. dan apabila
balik di m'sia, kita saling bercakaran kembali.. apa guna nya semua
ni... sumenya langsung tidak menguntungkan kita...

di negeri2 pembangkang( kedah dan perak), kita asyik membincangkan isu2
yang remeh-temeh. .. yang UMNO tidak habis, menyogok ketua2 kampung
letak jawatan... sehinggakan hantar referendum pada raja pun ada...
apa ini.. ini negeri mereka(parti pembangkang) , janganlah sibuk
tentang negeri mereka... biar la mereka uruskan... rakyat sudah bg
mandat pada mereka, pandai2 la mereka uruskan... Hishamuddin( ketua
pemuda UMNO) penah bg statement yang dia sedia menerima dan mahu
melihat apa yang parti pembangkang akan lakukan untuk memajukan
negeri2 ini... tapi, kini, ada pula, orang2 UMNO yang berlagak hero
mahu menjatuhkan pemerintahan parti pembangkang. .. mereka mengumpul
ketua2 kampung... dan menyerahkan borang peletakan jawatan mereka pada
kerajaan negeri... kini apa sudah jadi, orang cina dan india kini
sudah berani mahu menjadi ketua kampung juga.. malah, mereka inginkan
kuota mereka ditambah ekoran DAP byk menang di Perak... habis hilang
orang melayu.... mereka ni cuma pendatang.. kita ni je yang murah hati
sangat sehingga sanggup bg apa saje pada kaum lain, yang penting tak
dapat pada orang yang tak sealiran politikk...

kita lihat pula di negeri penang, yang majoritinya orang cina, mereka
sudah berfikiran terbuka dan sudah jauh meninggalkan kita...
penduduk disana sudah memperoleh byk lesen2 untuk berniaga, bertani,
menternak dan bermacam2... mereka mula mencari peluang untuk bergiat
dalam ekonomi... dalam sejarah sendiri telah membuktikan ekonomi yang
kukuh mampu untuk menghasilkan negeri yang kukuh..

cuba kita bayangkan kalo kita(PAS dan UMNO) saling bersatupadu, sudah
pasti, kita dapat memerintah negeri2 ini dengan majoriti yang lebih
byk... tidakkah kita mengimpikan di akhir nnt, agama islam dan bangsa
melayu tu menjadi agama dan bangsa yang tersohor.... biarlah kalau tak
tersohor di dunia sekali pon, memadai lah tersohor di negara malaysia
ini...

(saya tulis artikel ini disebabkan saya bimbang dengan nasib agama dan
bangsa saya di masa hadapan.. apa akan jadi kalau orang cina dan india
sudah menguasai 70% daripada ekonomi negara kita... adakah cukup
sekadar kita mempunyai raja dan sultan yang gah di istana... sekali
lagi saya mengatakan bahawa saya bukanlah orang politik. cuma mahu
berkongsika buah fikiran. mohon maaf sekiranya dalam artikel ini
menyinggung mana2 pihak.. dan sekiranya saya tersalah bicara, saya
sedia ditegur...)

mana yang baik datang dari Allah, dan mana yang buruk dan kurang
datang dari kesilapan dan kesalahan saya sendiri...
wallahu'alam

1 comment:

drrara said...

sangat bagus apabila muda mudi skrg masih mempunyai kesedaran dan sentiasa update dgn isu yg berlaku dlm negara.
tapi, meluahkan apa yg dirasa dan menilai apa yg belaku masih belum mencukupi.
personally, apa tindakan yg awk sendiri telah lakukan untuk agama, bangsa dan tnh air awk?