Tuesday 13 May 2008

Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di malaysia kini agak kurang praktikal jika kita mahu meletakkan negara kita sebagai batu aras untuk menjadi antara yang maju. Dalam hal ini, kita dapat lihat dari pelbagai aspek.

Yang utamanya berkaitan sistem peperiksaan. Diketahui umum bahawa Malaysia ada 3 peperiksaan yang dikira besar dalam sistem persekolahan. Dalam sistem ini, kepandaian atau lebih tepat lagi kecerdikan para pelajar diukur berdasarkan peperiksaan yang mempunyai masa tertentu untuk diselesaikan. Dalam sistem ini, pelbagai kelemahan yang dapat kita perhatikan terutamanya dari segi sukatan pelajaran. Dalam hal ini, saya dapat berkongsi sedikit pengalaman sebab saya merupakan antara sekolah boarding school. Apa yang saya ingin jelaskan disini adalah kebanyakannya, soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan(terutamannya dalam PMR dan SPM) adalah seolah2 sandiwara. Rata2 pelajar dari sekolah berasarama sudah tahu apa soalan yang akan keluar. Saya masih ingat lagi dimana ketika saya mengambil SPM, saya telah diberikan pelbagai soalan spot yang perlu diambil perhatian. Kalau dalam keadaan tersedak inginkan kejayaan dalam peperiksaan sudah tentu semua pelajar mahukan soalan spot tersebut. Yang paling menakjubkan saya, soalan spot yang diberikan adalah serupa dengan apa yang saya jawab ketika soalan sebenar SPM. Siap dengan no soalan lagi. Tidakkah ini memelikkan. Bukan ingin menyalahkan kementerian, tetapi bagaimana keadaan ini terjadi sedangkan apa yang kita nak hasilkan pada masa depan adalah pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap.

Maka dalam hal ini, sapa yang perlu disalah. Adakah perlu kita mengukur dengan peperiksaan semata2. saya tidak menafikan bahawa peperiksaan adalah satu metodologi yang bagus untuk menilai takad kecerdikan para pelajar, namun, kita perlu sedar, bahawa peperiksaan tidak mencerminkan kecerdikan tersebut secara total. Lahiriah para pelajar tidak akan terhasil sekiranya mereka hanya tahu menjawab soalan dalam kertas, dalam masa yang sama, malu dan segan untuk menampilkan diri dalam masyarakat.

Hari ini, ilmu sangat penting. Tapi, kita tidak boleh menolak perlunya akhlak(dalam islam) dan etika(dalam pendidikan secular) untuk menjadikan mereka(pelajar) berkualiti di masa hadapan. Cuba kita perhatikan dalam keadaan semasa, berapa banyak duit yang dapat dicuri oleh seorang di kedai emas atau pun di mana2 bank di Malaysia. Paling banyak pun yang berlaku di Kajang, Selangor yang mengaut keuntungan berpuluh juta. Dalam masa yang sama cuba kita perhatikan pula duit yang digelapkan dalam kes PERWAJA(yang sehingga kini tidak diketahui mana perginya). Beratus2 juta yang telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kes ini dilakukan oleh seseorang yang hanya pas SPM atau diploma. Sudah tentu tidak. Saya percaya, benda ini berlaku pada orang dalam sendiri yang mempunayi ilmu yang tinggi dalam hal ekonomi dan usahawan. Disini kita dapat lihat peranan akhalak itu sendirr dalam melenturkan peribadi yang syumul.

Dini hari, ramai ibu bapa yang hanya mengambil berat tentang pendidikan anak mereka sahaja tanpa mengajar tentang akhlak atau nilai moral. Kita perlu sedar sekarang. Jelas sekali pendidikan di sekolah sekarang ini tidak meletakkan akhlak itu sebagai tunjang atau kunci dalam pembangunan lahiriah. Pendidikan hari ini pula sudah mula menolakkan agama dalam silibus mereka. Lihat hari ini, para pelajar telah mula didedahkan tentang teori Darwin dan teori big bang yang menolak hukum agama sebagai pencetus insan dan alam ini. Teori2 ini merupakan racun bagi kita sebagai manusia yang berpegang dengan rukun iman dan islam. Ramai ibu bapa yang tidak sedar benda ini berlaku dalam pemikiran anak mereka. Kita tidak mahu akhirnya nnt, generasi akan datang sudah mula menerima ideologi2 dan mula mengamalkan prinsip secular(yang hanya mementingkan prinsip ‘disini dan hari ini’)

2 comments:

fahmi faudzi said...

wah...mmg berbakat dlam penulisan ko nih...panjang bejela jek ek...mentang2 first post ko kat dlm k ops dpt sambutan hangat...weh sedap giler ko nyer comment kat blog aku..

Dini Syarif said...

Assalamualaikum wbt.

Sangat bersetuju. Prestasi pembelajaran tak boleh diukur semata-mata dengan merujuk pada peperiksaan. Lebih-lebih lagi, memang banyak kisah tentang soalan bocorlah, jual soalanlah. (Rasa sakit hati juga, sebab yang biasa dapat pelajar sekolah asrama, sedangkan kami yang sekolah biasa melopong aje lah...)

Satu lagi, sistem pendidikan kita gagal menerapkan akhlak Islami sebagai salah satu 'feature' dalam pendidikan, sedangkan Islam menggalakkan sedemikian rupa. Terlalu banyak nas yang memupuk umat Islam agar menuntut ilmu, dan lazimnya dalam Islam dinyatakan juga adab-adab belajar, dan nilai-nilai dapatan dari proses pendidikan. Semestinya nilai murni tersebut banyak membantu ke arah mengIslamisasikan anak-anak kita.

Sudahlah hedonisme seakan jadi suatu hidangan buat rakyat, ditambah lagi dengan sistem pendidikan yang gagal berfungsi sebagai 'ubat' untuk menyembuhkan penyakit umat itu.

Inilah hasil sekularisme yang paling berjaya. Menerusi sistem pendidikan; pengajian berteraskan Islam dipisahkan jauh-jauh dengan cabang ilmu yang lain.

Kalau dahagakan kefahaman agama, hantarlah anak ke sekolah agama. Namun berapa ramai sangat yang cenderung untuk hantar anak ke sekolah agama? Apalagi semacam diwar-warkan majoriti lepasan sekolah agama kurang mantap, khususnya apabila berbual dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan itulah 'pra-syarat' untuk bersaing dalam dunia yang sangat kompetitif kini.

Kenapa diasingkan? Tidak hairanlah remaja kita hari ini makin rosak.